Monday, February 18, 2008

Hi Hi Hi

Kali ini aku akan bercerita tentang homestay. Homestay kampungku. Kampung yang mendapat nama dari sebatang sungai. Dan sungai itu kemudian menghilang...

Apa kisahnya? Ia bermula begini... Pelancongan desa semakin mendapat tempat dikalangan para pelancong. Tidak kiralah dari dalam mahupun dari luar negara. Kampungku telah didatangi oleh ramai pengunjung dan kehadiran setiap tetamu adalah sangat dialu-alukan dan diraikan. Satu hari kampungku telah bersedia untuk menerima lebih kurang 40 tetamu dari Jepun. Walaupun tidak pernah berhubung secara langsung dengan orang dari negara pandang ke timur ni, tetapi persiapan diatur rapi. Kehadiran mereka diuruskan oleh 3 orang yang dikenali sebagai Budin, ..X.. dan Dato' ..Y .. (...terlupa. Nama akan diisi kemudian. selepas ini mereka dikenali sebagai pengurus). Pengendali homestay kampungku berurusan terus dengan pengurus. Pakej 10 hari untuk 40 orang ini merangkumi tempat tinggal, lawatan ke Shah Alam dan Putrajaya dan pelbagai aktiviti sepanjang 10 hari. Harga pakej adalah lebih kurang RM60,000. Ini termasuk mengupah Jurubahasa kerana menurut cerita, mereka tidak pandai berbahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu. Pengurus mereka memberitahu bahawa mereka merupakan keluarga kepada pekerja Fujitech Electronik yang beroperasi di Shah Alam.

Tunggu punya tunggu, kelibat tetamu berkulit putih tak juga muncul. Jangankan yang putih, yang kulit sawo matang pun tak juga tiba. Kalau mengikut perjanjian, sepatutnya pengurus juga hadir untuk melangsaikan bayaran penuh secara tunai. Marah dan geram bercampur baur. Ini mungkin kes tipu. Bila program tak jadi, bermakna kampungku mengalami kerugian... bukan kecil ruginya tetapi melibatkan jumlah lima angka juga!

Apa nak buat, bila fikir dan tenung, rupanya ada hikmah disebaliknya. Ini juga adalah pengajaran dan peringatan untuk semua.

Ketiga-tiga nama yang disebutkan tadi adalah sebenarnya PENIPU. Mereka mengadakan cerita untuk mengaburkan mata orang kampung. Tujuan asal mereka adalah untuk menipu. Bagaimana modus operandinya? Begini: mereka bersetuju dengan pakej RM60,000 untuk pelancong Jepun tersebut. Mereka mengatakan mereka akan membayar secara tunai sebanyak RM90,000 dan meminta pengendali homestay memulangkan RM30,000 tersebut kerana menurut mereka, ini adalah bahagian mereka. Apabila ini dipersetujui, mereka meminta pengendali homestay membayar dahulu RM30,000 dan berjanji akan membayar RM90,000 pada hari sepatutnya pelancong Jepun itu datang. Alasan mereka, pembayaran akan dibuat ssetelah Dato pulang dari Indonesia. Mungkin anggapan mereka orang kampung mudah diperdaya. Tetapi orang kampung tidak semudah yang disangka, ilmu luar dalam semua ada. jangan fikir pukau-pukau pun boleh mengena.(Alahamdulillah tak terkena).

Apabila diperiksa, Fujitech Electronik di Shah Alam pun tak wujud rupanya... Bayangkan betapa teruknya manusia penipu ini. Mereka mengambil kesempatan berurusan dengan orang kampung yang menggunakan kepercayaan 100% dalam setiap urusan. Memang tiada sebarang dokumen ditandatangi. Tiada hitam putih yang orang-orang Jepun akan hadir... jadi, tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil.

Tetapi inilah pengajaran yang sangat berharga untuk kampungku. Bagi pengusaha homestay di kampung-kampung lain, orang-orang perseorangan, sila ambil iktibar. Berhati-hati dengan manusia-manusia seperti ini. Mereka adalah manusia berjiwa syaitan yang ambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Moga Allah membalas mereka dengan balasan yang setimpal. Perlu diingat, duit yang telah dikeluarkan kerana mereka ini adalah duit orang kampung. Bersedialah wahai 3 manusia, anda perlu melutut mohon maaf dari setiap penduduk kampungku di padang Mahsyar nanti!!

Monday, February 4, 2008

AKU TELAH MEMILIH

Ya. Dan aku harap inilah yang terbaik. Sayang sebenarnya nak meninggalkan apa yang aku telah ada dan lalui untuk beberapa tahun kebelakang ini. Aku akan meneruskannya lagi... Tetapi ini tidak bermakna my other considerations for the other choice is not important or less important. Everything is important to me. But I've decided to go on, means I have to strive hard to make sure that I can hndle the other things succesfully as well. Pray for me, pray for my success. Hope I will have all the strenghts to do whatever I have to do in life... InsyaAllah.