Saturday, May 24, 2008

Mei 2008

Bulan Mei sudah sampai penghujungnya.. Ya, apa istimewanya Mei? Entah. Kenapa bulan Mei dipilih untuk menghargai orang-orang tertentu? Bermula 1 Mei, Hari Pekerja, 11 Mei Hari Ibu, 16 Mei Hari Guru... dan kebetulan aku dilahirkan pada 13 Mei. Anak sulungku lahir pada 29 Mei, dan lebih istimewa, kelahirannya adalah sehari selepas sambutan hari lahir ibuku, 28 Mei.

Jadi, di kesempatan ini aku ucapkan "Selamat Hari Ibu" untuk para ibu, terutamanya ibuku, yang entah bagaimana susahnya mendidik aku dahulu. Bilamana aku menjadi ibu, baruku sedar, betapa berat peranan ibu. Lebih-lebih lagi ibu berkerjaya seperti aku, ibuku dan kebanyakan ibu-ibu masakini. Dengan kerenah anak yang pelbagai, memang selalu menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Akulah seorang ibu yang selalu kecundang menahan sabar... Moga Allah terus menyuburkan sifat sabarku dan moga anak2ku menjadi anak berjaya cemerlang dunia akhirat. Semoga semua ibu-ibu berjaya mendidik anak-anak mereka seperti apa yang diharapkan.

Hari Guru? "Selamat Hari Guru Para Pendidik". Tidak mudah menjadi guru..walau di peringkat manapun, cabarannya tetap ada. Tidak mudah mendidik anak bangsa. Kadang-kadang dilema pun ada.. lebih lebih lagi zaman sekarang ni, silap sikit, saman, silap sikit saman. Sabarlah para guru, hanya yang betul-betul tabah boleh terus berada dalam bidang ini..

Hari Jadiku? Hah, selamat hari lahir, moga Allah menjadikan aku seorang anak yang baik kepada ibubapanya, seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya, seorang isteri yang taat pada suaminya, seorang pekerja yang berjaya menjalankan tanggungjawabnya dan juga seorang insan yang berjaya serba serbinya...

Thursday, May 8, 2008

Jakarta, nadi & kehidupannya 2

Kisah Jakarta lagi. Kali ini, tentang layanan penghuninya. Ada terbaca satu waktu dulu artikel tentang kenapa ramai pemuda Malaysia berkahwin dengan orang Indonesia... alasannya wanita Indonesia lebih lembut dan tidak demand. Part tak demand tu sudah tentulah.. sebab hidup mereka tidak sama dengan cara hidup kita.. tapi demand wanita Malaysia bertempat..cuma sebilangan kut yang demand berlebihan. Tapi tang lebih lembut tu cam kurang percaya... ye ke org Indonesia lebih lembut?? Bila dah masuk negaranya, barulah tahu style mereka. Memang semuanya, bukan setakat perempuan, lelakinya pun bercakap dengan lembut..penggunaan bahasanya yang menjadikan percakapan mereka kelihatan begitu lemah lembut. 

Bab layanan pun sama, tetamu bagaikan raja,lah. Naik teksi, ada tukang tutup buka pintunya. Bukan setakat di hotel, hatta di pasaraya juga! Tetapi, orang Malaysia pun begitu juga kan...

Memanglah seronok menghabiskan masa setakat 2 hari di Jakarta. Tidak puas melusuri jalannya yang sentiasa macet. Seronok kerana tidak memikirkan rutin harian di tanahair sendiri.. Hari Ahad 26 April bertolak pulang, flight dibatalkan. Elok bertolak jam 2.10 pm, jam 8 mlm masih tercegat lesu di Lapangan Terbang Sukarno Hatta. Pukul 9 lebih baru kapalterbang berlepas. Sampai Malaysia jam kurang lebih pukul 12. Ada keseronokan lain menjalar di jiwa. Terasa lapang dan lega. Seseronok mana di bumi Jakarta, rupanya lebih indah dan bahagia di bumi Malaysia. Terasa nyaman udaranya, aman damai suasananya...
 
Berjalanlah... kerana kita akan lebih menghargai negara sendiri bila melihat kehidupan di negara yang lain....


Saturday, May 3, 2008

Jakarta, nadi & kehidupannya.

Diizinkan Allah, kakiku menjejaki bumi jakarta pada 25 April 2008. Kali ke 2 berpeluang keluar melihat negara orang... ya, jauh perjalanan, luas pemandangan. Melihat negara orang, ragam orang-orang jakarta... macam dah biasa je dengan situasinya... yelah, cerita Indonesia kan melambak-lambak di Malaysia.. itu belum lagi lagu2 penyanyi indonesia yang asyik diputarkan di radio, tv.. Tapi yang peliknya, langsung tidak pernah terdengar lagu penyanyi Malaysia di Indonesia. Betullah kut orang kata, orang malaysia suka benda-benda dari luar..

Bila menyusur kota Jakarta, macam2 pemandangan. Macam apa digambarkan dalam sinetron indonesia, itulah realitinya...kanak2, anak2 muda, para ibu yang menggendong anak pun ada, masing2 menghulur tangan mohon simpati dalam waktu singkat kereta berhenti dek jem di jalanraya. Ada yang menjual keropok, rokok, air minuman, majalah porno pun ada! Si kecil, adapun modallnya menyanyi di cermin tepi kereta, atau setakat hulur tangan mintak ongkos... Kesian kan! Tiada senario itu di Malaysia.... Tepi2 jalan org berjualan, makanan, warung2, tolak kereta sorong, macam2 menu yang tak ada di Malaysia, atau mungkin ada, tapi nama berbeza.. cth; bebek goreng, nasi uduk(sempat rasa menu ni sarapan pagi di hotel, macam nasi lemak, tapi tak ada pulak sambalnya... ke aku yg tak jumpa??), yang lebih ngeri, sop bontot, ini sup ekor tau..

Pasal makanan, menu macam-macam. Pasal shopping, itupun macam2. Rambang mata dibuatnya. Sempatlah meletihkan kaki di MANGGA DUA, dan menjenguk sekejap di TANAH ABANG. Itupun rambang matanya tak terkira. Kalau diizinkan, nak pergi lagi, menjenguk bazar jualan puas-puas..walaupun semua dah maklum...manusia, mana pernah puas!