Saturday, May 24, 2008

Mei 2008

Bulan Mei sudah sampai penghujungnya.. Ya, apa istimewanya Mei? Entah. Kenapa bulan Mei dipilih untuk menghargai orang-orang tertentu? Bermula 1 Mei, Hari Pekerja, 11 Mei Hari Ibu, 16 Mei Hari Guru... dan kebetulan aku dilahirkan pada 13 Mei. Anak sulungku lahir pada 29 Mei, dan lebih istimewa, kelahirannya adalah sehari selepas sambutan hari lahir ibuku, 28 Mei.

Jadi, di kesempatan ini aku ucapkan "Selamat Hari Ibu" untuk para ibu, terutamanya ibuku, yang entah bagaimana susahnya mendidik aku dahulu. Bilamana aku menjadi ibu, baruku sedar, betapa berat peranan ibu. Lebih-lebih lagi ibu berkerjaya seperti aku, ibuku dan kebanyakan ibu-ibu masakini. Dengan kerenah anak yang pelbagai, memang selalu menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Akulah seorang ibu yang selalu kecundang menahan sabar... Moga Allah terus menyuburkan sifat sabarku dan moga anak2ku menjadi anak berjaya cemerlang dunia akhirat. Semoga semua ibu-ibu berjaya mendidik anak-anak mereka seperti apa yang diharapkan.

Hari Guru? "Selamat Hari Guru Para Pendidik". Tidak mudah menjadi guru..walau di peringkat manapun, cabarannya tetap ada. Tidak mudah mendidik anak bangsa. Kadang-kadang dilema pun ada.. lebih lebih lagi zaman sekarang ni, silap sikit, saman, silap sikit saman. Sabarlah para guru, hanya yang betul-betul tabah boleh terus berada dalam bidang ini..

Hari Jadiku? Hah, selamat hari lahir, moga Allah menjadikan aku seorang anak yang baik kepada ibubapanya, seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya, seorang isteri yang taat pada suaminya, seorang pekerja yang berjaya menjalankan tanggungjawabnya dan juga seorang insan yang berjaya serba serbinya...

No comments: