Thursday, August 7, 2008

DUNIAKU

Fuh, I last posted on May. Now is Aug. Just imagine how busy i am.. (an excuse..). Maybe there's a lot of time waste in my life.. i just live my ordinary life. I'm in reformation process to be an extraordinary life. Just wait.....

Saturday, May 24, 2008

Mei 2008

Bulan Mei sudah sampai penghujungnya.. Ya, apa istimewanya Mei? Entah. Kenapa bulan Mei dipilih untuk menghargai orang-orang tertentu? Bermula 1 Mei, Hari Pekerja, 11 Mei Hari Ibu, 16 Mei Hari Guru... dan kebetulan aku dilahirkan pada 13 Mei. Anak sulungku lahir pada 29 Mei, dan lebih istimewa, kelahirannya adalah sehari selepas sambutan hari lahir ibuku, 28 Mei.

Jadi, di kesempatan ini aku ucapkan "Selamat Hari Ibu" untuk para ibu, terutamanya ibuku, yang entah bagaimana susahnya mendidik aku dahulu. Bilamana aku menjadi ibu, baruku sedar, betapa berat peranan ibu. Lebih-lebih lagi ibu berkerjaya seperti aku, ibuku dan kebanyakan ibu-ibu masakini. Dengan kerenah anak yang pelbagai, memang selalu menuntut kesabaran yang sangat tinggi. Akulah seorang ibu yang selalu kecundang menahan sabar... Moga Allah terus menyuburkan sifat sabarku dan moga anak2ku menjadi anak berjaya cemerlang dunia akhirat. Semoga semua ibu-ibu berjaya mendidik anak-anak mereka seperti apa yang diharapkan.

Hari Guru? "Selamat Hari Guru Para Pendidik". Tidak mudah menjadi guru..walau di peringkat manapun, cabarannya tetap ada. Tidak mudah mendidik anak bangsa. Kadang-kadang dilema pun ada.. lebih lebih lagi zaman sekarang ni, silap sikit, saman, silap sikit saman. Sabarlah para guru, hanya yang betul-betul tabah boleh terus berada dalam bidang ini..

Hari Jadiku? Hah, selamat hari lahir, moga Allah menjadikan aku seorang anak yang baik kepada ibubapanya, seorang ibu yang berjaya mendidik anak-anaknya, seorang isteri yang taat pada suaminya, seorang pekerja yang berjaya menjalankan tanggungjawabnya dan juga seorang insan yang berjaya serba serbinya...

Thursday, May 8, 2008

Jakarta, nadi & kehidupannya 2

Kisah Jakarta lagi. Kali ini, tentang layanan penghuninya. Ada terbaca satu waktu dulu artikel tentang kenapa ramai pemuda Malaysia berkahwin dengan orang Indonesia... alasannya wanita Indonesia lebih lembut dan tidak demand. Part tak demand tu sudah tentulah.. sebab hidup mereka tidak sama dengan cara hidup kita.. tapi demand wanita Malaysia bertempat..cuma sebilangan kut yang demand berlebihan. Tapi tang lebih lembut tu cam kurang percaya... ye ke org Indonesia lebih lembut?? Bila dah masuk negaranya, barulah tahu style mereka. Memang semuanya, bukan setakat perempuan, lelakinya pun bercakap dengan lembut..penggunaan bahasanya yang menjadikan percakapan mereka kelihatan begitu lemah lembut. 

Bab layanan pun sama, tetamu bagaikan raja,lah. Naik teksi, ada tukang tutup buka pintunya. Bukan setakat di hotel, hatta di pasaraya juga! Tetapi, orang Malaysia pun begitu juga kan...

Memanglah seronok menghabiskan masa setakat 2 hari di Jakarta. Tidak puas melusuri jalannya yang sentiasa macet. Seronok kerana tidak memikirkan rutin harian di tanahair sendiri.. Hari Ahad 26 April bertolak pulang, flight dibatalkan. Elok bertolak jam 2.10 pm, jam 8 mlm masih tercegat lesu di Lapangan Terbang Sukarno Hatta. Pukul 9 lebih baru kapalterbang berlepas. Sampai Malaysia jam kurang lebih pukul 12. Ada keseronokan lain menjalar di jiwa. Terasa lapang dan lega. Seseronok mana di bumi Jakarta, rupanya lebih indah dan bahagia di bumi Malaysia. Terasa nyaman udaranya, aman damai suasananya...
 
Berjalanlah... kerana kita akan lebih menghargai negara sendiri bila melihat kehidupan di negara yang lain....


Saturday, May 3, 2008

Jakarta, nadi & kehidupannya.

Diizinkan Allah, kakiku menjejaki bumi jakarta pada 25 April 2008. Kali ke 2 berpeluang keluar melihat negara orang... ya, jauh perjalanan, luas pemandangan. Melihat negara orang, ragam orang-orang jakarta... macam dah biasa je dengan situasinya... yelah, cerita Indonesia kan melambak-lambak di Malaysia.. itu belum lagi lagu2 penyanyi indonesia yang asyik diputarkan di radio, tv.. Tapi yang peliknya, langsung tidak pernah terdengar lagu penyanyi Malaysia di Indonesia. Betullah kut orang kata, orang malaysia suka benda-benda dari luar..

Bila menyusur kota Jakarta, macam2 pemandangan. Macam apa digambarkan dalam sinetron indonesia, itulah realitinya...kanak2, anak2 muda, para ibu yang menggendong anak pun ada, masing2 menghulur tangan mohon simpati dalam waktu singkat kereta berhenti dek jem di jalanraya. Ada yang menjual keropok, rokok, air minuman, majalah porno pun ada! Si kecil, adapun modallnya menyanyi di cermin tepi kereta, atau setakat hulur tangan mintak ongkos... Kesian kan! Tiada senario itu di Malaysia.... Tepi2 jalan org berjualan, makanan, warung2, tolak kereta sorong, macam2 menu yang tak ada di Malaysia, atau mungkin ada, tapi nama berbeza.. cth; bebek goreng, nasi uduk(sempat rasa menu ni sarapan pagi di hotel, macam nasi lemak, tapi tak ada pulak sambalnya... ke aku yg tak jumpa??), yang lebih ngeri, sop bontot, ini sup ekor tau..

Pasal makanan, menu macam-macam. Pasal shopping, itupun macam2. Rambang mata dibuatnya. Sempatlah meletihkan kaki di MANGGA DUA, dan menjenguk sekejap di TANAH ABANG. Itupun rambang matanya tak terkira. Kalau diizinkan, nak pergi lagi, menjenguk bazar jualan puas-puas..walaupun semua dah maklum...manusia, mana pernah puas!

Monday, April 21, 2008

WARISAN

Anak kecil main api
terbakar hatinya yg sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang...

Nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Akibat peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Bangunlah dengan gagah perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara 3X

* ada org melayu berkata.. apa ada pd bangsa, bangsa tidak penting..yang penting adalah agama. Betulkah bangsa tidak penting?? Kenapa Allah memilih Nabi Muhammad dari kalangan bangsa Arab, bukan bangsa lain? Allah ada sebab kenapa Dia menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan Allah ada sebab kenapa Dia memilih sesuatu bangsa....

Monday, February 18, 2008

Hi Hi Hi

Kali ini aku akan bercerita tentang homestay. Homestay kampungku. Kampung yang mendapat nama dari sebatang sungai. Dan sungai itu kemudian menghilang...

Apa kisahnya? Ia bermula begini... Pelancongan desa semakin mendapat tempat dikalangan para pelancong. Tidak kiralah dari dalam mahupun dari luar negara. Kampungku telah didatangi oleh ramai pengunjung dan kehadiran setiap tetamu adalah sangat dialu-alukan dan diraikan. Satu hari kampungku telah bersedia untuk menerima lebih kurang 40 tetamu dari Jepun. Walaupun tidak pernah berhubung secara langsung dengan orang dari negara pandang ke timur ni, tetapi persiapan diatur rapi. Kehadiran mereka diuruskan oleh 3 orang yang dikenali sebagai Budin, ..X.. dan Dato' ..Y .. (...terlupa. Nama akan diisi kemudian. selepas ini mereka dikenali sebagai pengurus). Pengendali homestay kampungku berurusan terus dengan pengurus. Pakej 10 hari untuk 40 orang ini merangkumi tempat tinggal, lawatan ke Shah Alam dan Putrajaya dan pelbagai aktiviti sepanjang 10 hari. Harga pakej adalah lebih kurang RM60,000. Ini termasuk mengupah Jurubahasa kerana menurut cerita, mereka tidak pandai berbahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu. Pengurus mereka memberitahu bahawa mereka merupakan keluarga kepada pekerja Fujitech Electronik yang beroperasi di Shah Alam.

Tunggu punya tunggu, kelibat tetamu berkulit putih tak juga muncul. Jangankan yang putih, yang kulit sawo matang pun tak juga tiba. Kalau mengikut perjanjian, sepatutnya pengurus juga hadir untuk melangsaikan bayaran penuh secara tunai. Marah dan geram bercampur baur. Ini mungkin kes tipu. Bila program tak jadi, bermakna kampungku mengalami kerugian... bukan kecil ruginya tetapi melibatkan jumlah lima angka juga!

Apa nak buat, bila fikir dan tenung, rupanya ada hikmah disebaliknya. Ini juga adalah pengajaran dan peringatan untuk semua.

Ketiga-tiga nama yang disebutkan tadi adalah sebenarnya PENIPU. Mereka mengadakan cerita untuk mengaburkan mata orang kampung. Tujuan asal mereka adalah untuk menipu. Bagaimana modus operandinya? Begini: mereka bersetuju dengan pakej RM60,000 untuk pelancong Jepun tersebut. Mereka mengatakan mereka akan membayar secara tunai sebanyak RM90,000 dan meminta pengendali homestay memulangkan RM30,000 tersebut kerana menurut mereka, ini adalah bahagian mereka. Apabila ini dipersetujui, mereka meminta pengendali homestay membayar dahulu RM30,000 dan berjanji akan membayar RM90,000 pada hari sepatutnya pelancong Jepun itu datang. Alasan mereka, pembayaran akan dibuat ssetelah Dato pulang dari Indonesia. Mungkin anggapan mereka orang kampung mudah diperdaya. Tetapi orang kampung tidak semudah yang disangka, ilmu luar dalam semua ada. jangan fikir pukau-pukau pun boleh mengena.(Alahamdulillah tak terkena).

Apabila diperiksa, Fujitech Electronik di Shah Alam pun tak wujud rupanya... Bayangkan betapa teruknya manusia penipu ini. Mereka mengambil kesempatan berurusan dengan orang kampung yang menggunakan kepercayaan 100% dalam setiap urusan. Memang tiada sebarang dokumen ditandatangi. Tiada hitam putih yang orang-orang Jepun akan hadir... jadi, tiada apa-apa tindakan yang boleh diambil.

Tetapi inilah pengajaran yang sangat berharga untuk kampungku. Bagi pengusaha homestay di kampung-kampung lain, orang-orang perseorangan, sila ambil iktibar. Berhati-hati dengan manusia-manusia seperti ini. Mereka adalah manusia berjiwa syaitan yang ambil kesempatan di atas kebaikan orang lain. Moga Allah membalas mereka dengan balasan yang setimpal. Perlu diingat, duit yang telah dikeluarkan kerana mereka ini adalah duit orang kampung. Bersedialah wahai 3 manusia, anda perlu melutut mohon maaf dari setiap penduduk kampungku di padang Mahsyar nanti!!

Monday, February 4, 2008

AKU TELAH MEMILIH

Ya. Dan aku harap inilah yang terbaik. Sayang sebenarnya nak meninggalkan apa yang aku telah ada dan lalui untuk beberapa tahun kebelakang ini. Aku akan meneruskannya lagi... Tetapi ini tidak bermakna my other considerations for the other choice is not important or less important. Everything is important to me. But I've decided to go on, means I have to strive hard to make sure that I can hndle the other things succesfully as well. Pray for me, pray for my success. Hope I will have all the strenghts to do whatever I have to do in life... InsyaAllah.

Thursday, January 24, 2008

DG dan DH?

Kalau dilihat, kedua-duanya adalah himpunan huruf-huruf. Tiada makna dan tidak membawa maksud apa-apa. Tapi inilah yang sedang memeningkan kepala.. Kalau diminta membuat pilihan, mana satu yang berkenan di hati?

Sukarnya membuat pilihan. Sukar membuat keputusan. Lebih-lebih lagi aku yang memang aku kenali amat sukar berdepan dengan situasi untuk memilih. Mana satu yang terbaik? Mana satu yang terbaik untuk aku pada masa sekarang dan masa depan? Mana satu yang terbaik untuk keluargaku pada masa sekarang dan masa depan? Buntu...

DG adalah skim guru. Bermakna jadi cikgu sekolah. Dengan rutin biasa persekolahan. Buku-buku latihan pelajar, ko kurikulum pelajar.. dan cuti bersama pelajar( ni yang best, cuti penggal sekolah tahun ni 84 hari). Kalau DH, skim pensyarah politeknik, working hours 8-5, no more cuti2 panjang...dan workload tugas yang memang tak menang tangan... dengan beberapa perubahan dengan skim DG yang aku pegang sekarang.

So, macammana?? Memilih DH dan meneruskan tugas seperti biasa?? atau bersedia melakukan perubahan dengan rutin tugas yang baru? Yang kedua nampak menarik.. keluar dari rutin biasa yang telah aku lalui semenjak 2001 dan enjoy the life as a teacher (enjoy part yang cuti2 tu la...) Tapi yang pertama pun agak sayang untuk dilepaskan... especially on part of the subjects that i've teach throughout the years... liability laws/ legal aspects... I will lose the opportunity to teach these subjects in school. In other words; bye-bye law subjects... wuargh... ni yang syahdu ni... bermakna selamat tinggal dunia perundangan.. huah huah huah...

Teringat pulak bait2 lagu lama..."...kita sering dihadapkan..dengan pelbagai pilihan...mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..."

Tak seorang pun yang mahu tersalah pilih. Tapi dah menjadi perkara biasa kita akan nampak sesuatu yang kita tidak ada sebagai yang baik dan bagus. Kita jarang mensyukuri apa yang kita ada sedangkan itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Jadi, macammana???

Berbaliklah kepada apa yang telah Allah ajarkan.. Dalam Ma'thurat ada doa ; Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku menentukan kehidupanku sendiri, walau dalam kadar waktu sesaat..atau kadar waktu yang lebih pendek dari itu... dan dalam doa istikharah..."Ya Allah, sekiranya perkara ini adalah baik bagiku, agamaku, kehidupanku pada masa ini dan masa akan datang, maka Engkau dekatkanlah aku dengannya dan kurniakanlah kebaikannya padaku.. tetapi sekiranya perkara ini tidak baik padaku, agamaku dan kehidupanku pada masa ini dan masa akan datang, maka Engkau jauhkanlah ia padaku..."

Aku memohon dan aku berharap mana-manapun yang aku pilih, adalah pilihan tepat dan terbaik yang Allah telah tentukan untuk aku. Mudah-mudahan... Amin.

Wednesday, January 23, 2008

Berblog dan goblok??

hei.. seronok ada blog ni. At least there's a place for me to write on something. Macam-macam idea nak tulis tentang macam-macam perkara yang berlaku, tapi kekangan masa dan keadaan terlalu banyak. Kena pandai mencuri ruang dan peluang. kalau tidak blog tinggal blog le..

Last 2 days I wrote something. I intend to publish it with the hope there's some comments on how to make a choice. Tapi, itulah... taip punyalah beria.. itupun mencuri masa lepas anak-anak tidur. Tengah syok menulis si kecil Ikmal pulak bangun, menidurkan dia terus menidurkan mata sendiri...

Bagun pagi, alamak! apa dah jadi dengan tulisan aku... hilang ke?? memang aku takl save peoperly tapi bukan ke dia dah save automatically. Belek-sana belek sini tak jumpa pulak tulisan malam tadi...

Hai, inilah yang dikatakan nak berblog tapi goblok! Tak pe cakap goblok kat diri sendiri kan. Goblok tu bahasa Indonesia, bahasa Malaysianya bodohlah. Goblok agak kasar bunyinya tapi bodoh lembutlah sikit dengarnya...

Tak apa, itu cabaran untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Mengaku bodoh tidak mengapa asalkan kita terus berusaha untuk tidak bodoh lagi...

Jumpa lagi.

Saturday, January 12, 2008

Al-Amin, Annur dan Addin

Al-Amin memberi pose istimewa

Bebaik Addin, nanti unta kejar


Annur bergaya dikolam ikan dgn topi haiwannya

ANNUR HUSNA DAN ELEPHANTNYA.

12 Jan, kami melawat zoo negara. Cetusan idea datangnya dari si kecil husna yang nak tengok elephant. Kebetulan abah ada kerja di Kuala Lumpur, jadi sambil menyelam minum air. Kadang-kadang bila plan awal-awal, ada saja yang menghalang. Kesempatan macam ni tak boleh dilepaskan..lagipun abah selalu sibuk, bila dia ajak je, kenalah kata ok. Kalau tak, alamat bila lagi nak datang offer ke zoo ni..heh heh hehe. 

Kami sampai pun dah around pukul 1130am. Time ni perut pun dah berbunyi. Beli lah dulu corn cup, dorayaki dan air untuk makan-makan. Naik tram keliling zoo.. seronok, Afnan jadi jurufoto yang lebih suka merakamkan gambar-gambar binatang kat zoo tu. Ikmal pulak pandai ikut bunyi binatang sambil tangan tunjuk sana sini. Husna tak terkata happynya.. Tapi yang kelakar terlupa plak nak singgah kandang gajah nak bermesra... ni kena pegi lain kali nih.

Apa-apapun, Afnan, Husna & Ikmal seronok sangat la.. (Ikmal tu kira happy la tu...). Seperti biasa statement Afnan, "kalau kita ada masa lagi, nanti kita datang sini ye.."(Afnan selalu guna statement "kalau kita ada masa nanti..." bila nak ajak abahnya ke mana-mana.. dia very understanding tentang kesibukan abahnya tu. )

Ok, Afnan boleh take note kata-kata abah bila kita keluar dari zoo-"Afnan senaraikan mana nak pegi lepas ni sekitar KL, nanti kita cari masa." So apalagi Afnan, surf internet cari tempat menarik ye..

Bye.