Thursday, January 24, 2008

DG dan DH?

Kalau dilihat, kedua-duanya adalah himpunan huruf-huruf. Tiada makna dan tidak membawa maksud apa-apa. Tapi inilah yang sedang memeningkan kepala.. Kalau diminta membuat pilihan, mana satu yang berkenan di hati?

Sukarnya membuat pilihan. Sukar membuat keputusan. Lebih-lebih lagi aku yang memang aku kenali amat sukar berdepan dengan situasi untuk memilih. Mana satu yang terbaik? Mana satu yang terbaik untuk aku pada masa sekarang dan masa depan? Mana satu yang terbaik untuk keluargaku pada masa sekarang dan masa depan? Buntu...

DG adalah skim guru. Bermakna jadi cikgu sekolah. Dengan rutin biasa persekolahan. Buku-buku latihan pelajar, ko kurikulum pelajar.. dan cuti bersama pelajar( ni yang best, cuti penggal sekolah tahun ni 84 hari). Kalau DH, skim pensyarah politeknik, working hours 8-5, no more cuti2 panjang...dan workload tugas yang memang tak menang tangan... dengan beberapa perubahan dengan skim DG yang aku pegang sekarang.

So, macammana?? Memilih DH dan meneruskan tugas seperti biasa?? atau bersedia melakukan perubahan dengan rutin tugas yang baru? Yang kedua nampak menarik.. keluar dari rutin biasa yang telah aku lalui semenjak 2001 dan enjoy the life as a teacher (enjoy part yang cuti2 tu la...) Tapi yang pertama pun agak sayang untuk dilepaskan... especially on part of the subjects that i've teach throughout the years... liability laws/ legal aspects... I will lose the opportunity to teach these subjects in school. In other words; bye-bye law subjects... wuargh... ni yang syahdu ni... bermakna selamat tinggal dunia perundangan.. huah huah huah...

Teringat pulak bait2 lagu lama..."...kita sering dihadapkan..dengan pelbagai pilihan...mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..."

Tak seorang pun yang mahu tersalah pilih. Tapi dah menjadi perkara biasa kita akan nampak sesuatu yang kita tidak ada sebagai yang baik dan bagus. Kita jarang mensyukuri apa yang kita ada sedangkan itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Jadi, macammana???

Berbaliklah kepada apa yang telah Allah ajarkan.. Dalam Ma'thurat ada doa ; Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku menentukan kehidupanku sendiri, walau dalam kadar waktu sesaat..atau kadar waktu yang lebih pendek dari itu... dan dalam doa istikharah..."Ya Allah, sekiranya perkara ini adalah baik bagiku, agamaku, kehidupanku pada masa ini dan masa akan datang, maka Engkau dekatkanlah aku dengannya dan kurniakanlah kebaikannya padaku.. tetapi sekiranya perkara ini tidak baik padaku, agamaku dan kehidupanku pada masa ini dan masa akan datang, maka Engkau jauhkanlah ia padaku..."

Aku memohon dan aku berharap mana-manapun yang aku pilih, adalah pilihan tepat dan terbaik yang Allah telah tentukan untuk aku. Mudah-mudahan... Amin.

3 comments:

e-Permaisuri said...

pikio la yg terbaik. senaraikan kenapa DG dan beri weightage utk setiap jawapan. senaraikan kenapa DH dan beri weightage. Contoh: kenapa DG? Cuti- penting sgtkah, is it a priority, kalau ya, bg 100%, ada sebab lain tak? Kenapa DH? sayang law 50%, sayang title pensyarah 50%, bla-bla.. bila campur-campur barulah nampak dgn objektif jawapannya. Insya Allah, ini problem solving method namanya.

Anonymous said...

DG=desperate Guru
DH=desperate housewife
kehkehkehkehkehkeh

Anonymous said...

Jadilah ape yg kite nk jadi.. bkn jadi ape yg orang lain jadi.. tul x???? lotih jadi cikgu sek ni hA...hehe.