Monday, May 31, 2010

Dengan Lafaz Bismillah

Assalamualaikum,

Selalunya kita diuji dengan apa yang kita katakan. Mungkin kita pernah bercakap dengan diri sendiri, "saya tak suka dengan cara dia. Kalau saya, tentu saya tak buat macam tu.." Satu masa yang lain, kita tersedar yang kita telah melakukan sesuatu yang kita pernah tidak suka dulu. Perkara ini selalu berlaku pada saya. Saya pasti pada orang lain juga. Jadi macam mana ya? Kita tak boleh nak halang diri dari bersuara. Apatah lagi suara hati yang tak boleh dikawal. Selalu terlepas...

Banyak kali juga kita menonton di TV pasangan2 (selebriti kebiasaannya) berkongsi pengalaman untuk kerukunan rumahtangga. Acapkali juga selepas itu kita mendengar mereka menghadapi masalah dalam rumahtangga. Mungkin ini yang dikatakan sebagai ujian Allah terhadap apa yang kita katakan.

Apa caranya utk kita menghadapi ujian ini?
Kalau boleh saya memetik kata-kata uztaz di saifuislam.com, bila bercakap, lebihkanlah kepada kita utk muhasabah diri, beri ingatan kepada diri dan doa di dalam hati moga Allah memberikan kita kekuatan untuk mengotakan kata-kata kita. Semoga kita bukan tergolong dalam mereka yang pandai berkata-kata tapi tak pandai melaksanakannya. Sebab Allah telah mengingatkan kita - "janganlah kita katakan sesuatu yang kita tidak perbuat".

Moga Allah mempermudahkan kita dengan urusan dunia dan akhirat terutamanya. AMIN.