Tuesday, April 26, 2011

AKAL, MASA DAN USAHA

Assalamualaikum,

Akal selalu berfikir. Kemampuan akal sangat luarbiasa.. boleh menjangkau ke seluruh perkara dan pelosok dunia. Pelbagai hal, urusan, perjalanan kehidupan, segalanya ditunjangi oleh akal. Akal yang baik dapat memberikan output yang baik. Akal mengawal gerak geri badan kita.

Sangat berkuasa akal ini. Allah menganugerahkan akal untuk kita berfikir... sebab itu, ayat2 Allah adalah lebih kepada peringatan untuk orang-orang yg berfikir..

Alhamdulillah, kemampuan berfikir menjadikan kita lebih bijaksana, andai akal digunakan untuk kebaikan dan kesejahteraan. Banyak perkara difikirkan; dan akal selalu memberikan output positif, tapi yang menghalang kita untuk bertindak adalah sifat kita sendiri.

Sifat yg bagaimana agaknya yg menghalang kita mengambil tindakan berdasarkan pemikiran? sifat malas? suka bertangguh? mencari alasan? dan pelbagai lagi?? Ya, mungkin..

Sebab itu dikatakan; DIRI kita adalah punca kepada kegagalan kita. Otak dapat berfikir, tapi sifat diri menghalang kita melaksanakan pemikiran tersebut.

Fuh, life is not that complex actually. Tapi kita sebenarnya yg menghalang kejayaan kita. So, start do whatever you think OK to do! kalau 'nanti dulu' adalah alasan untuk tidak berbuat sesuatu, STOP IT! Itu cuma alasan...

Ya Tuhan, Ya Rabbul Jalil, mudahkan urusan duniaku dan urusan akhiratku; bimbinglah aku dlm setiap waktu untuk terus dalam redhaMu, jangan sesekali tinggalkan aku Ya Allah, dlm menjalani hidup ini, biarpun dlm kadar waktu sesaat atau jangka waktu yg lebih pendek dari itu... Amin Ya Rabal Alamin.

I MUST DO IT!!

No comments: